Thursday, January 3, 2013

MESYUARAT PENGURUSAN KELAS DAN JADUAL KEDATANGAN PELAJAR

03 .01.2013- KHAMIS

MESYUARAT PENGURUSAN KELAS DAN JADUAL KEDATANGAN PELAJAR

               Mesyuarat ini diaddakan pada pukul 10.00 am di Bilik Gerakan. Mesyuarat ini di anggotai oleh Tuan Kamaruddin Guru Hal Ehwal Murid (HEM) , guru-guru penyelaras tingkatan 1 dan 2, dan guru-guru kelas tingkatan 1 &2. Selama 2 jam lebih mesyuarat ini berjalan. Banyak input yang kami terima. Antaranya adalah :
1. Organisasi kelas
2. Suasana Kelas
3. Kelengkapan Kelas
4. Tabung kelas
5. Kedatangan pelajar

                    Selain itu, Hal Ehwal Murid juga disentuh dalam mesyuarat ini, antaranya :
 1. Maklumat peribadi pelajar yang perlu lengkap
 2. SPBT
 3. Fail guru kelas : a) Fail Pengurusan Kelas dan b) Fail Amaran dan Buang Sek.
 4. Langkah menyediakan surat amaran

                    Mesyuarat ini juga di selitkan dengan panduan mengisi jadual kedatangan sementara . 


 PENGURUSAN  PINJAMAN BUKU TEKS UNTUK PELAJAR 1 SINAR

              Alhamdulillah pengurusan pinjaman buku teks untuk kelas 1 Sinar berjalan dengan lancar. Seramai 30 orang yang menerima buku teks pada hari ini. Seorang sahaja yang belum dapat buku teks kerana pelajar tersebut tidak hadir bersebab. Esok semua guru ada taklimat ringkas pada pukul 3-4 pm.