Alhamdulillah blog ini masih dapat aku buka dan ini memberi ruang kepadaku untuk meluahkan isi hati sebagai seorang GPM.
Bukan senang sebenarnya untuk mendapatkan jawatan ini. Hal ini kerana, jawatan ini sangat perlu kepada orang yang selayak-layaknya. Orang yang dihormati, disegani, disanjung, orang-orang begini sangat layak untuk dijadikan sebagai GPM di setiap sekolah. Namun, aku bukanlah orang-orang seperti kerana aku selalu ditempik, dibangkang, diketepikan , sentiasa disisihkan, tak semua guru yang buat aku begitu. Biasanya, yang berkait dengan kerjaku. Aku bukanlah insan sempurna.
Banyak pancaloba yang aku hadapi di sini, kerana program PSS pada mereka bukanlah apa-apa. Namun aku hanya nampak ddi dalam imejanasiku sahaja..sekolah yang cemerlang PSS maka cemerlanglah warganya. Namun aku tidak nampak di sini.
Di sini aku hanya nampak seakan kabus hitam yang gelap lagi malap di dalam sekolah penuh dengan debu-debu yang tidak sihat. Itulah aku nampak pentadbir yang semakin hari semakin memberontak hilang kebajikan untuk guru. Guru pula alfa dengan tugas hakiki yang merasakan pengajaran itu perlu dihabiskan silibus. Guru menganggap suasana bilik darjah itu tidak penting melainkan cara mengajar yang betul, cara mengambil hati murid dengan betul. Murid pula akur kepada guru yang seakan guru ini hebat dan di situ la rujukan utama mereka. Semua tidak sedar..semua masih berlegar-legar melakukan runting yang sama. Aku kesian melihat murid..aku kesian melihat ibu bapa.
Pengurusan sekolah terumbang-ambing kenapa tidaknya.. laluan murid ke stesen bas ditutup perlu menggunakan laluan guru yang berkereta. Kesian balik sekolah masing-masing jalan yang sama. Sama juga didinding sekolah tiada infomasi terkini, tiada aura kepada murid, tiada apa.. ya..saya nampak dari bidang koko. sangat bagus. dari dulu saya datang sini pertandingan kawad kaki peringkat sekolah telah diwujudkan untuk dibawa keperingkat seterusnya. Olahraga juga hebat tiada nampaknya murid yang tercicir di dalam pertandingan , yang berbakat memang diketengahkan.
Aku tidak mahu menyatakan kelemahan sekolah ini, hakikatnya aku rasa sangat sedih dan pedih tiada kesedaran tentang NILAM dan PSS. Manusia perlu membaca untuk meningkatkan diri dalam arus pembangunan dan ketamadunan. Membaca sepatutnya menjadi kewajipan dalam runting harian kita. Pernah saya mendengar kata-kata seorang penulis Nisah Haron. Beliau berkata membaca ini boleh membuatkan fikiran kita berimejanasi tentang apa yang digambarkan oleh penulis. itu hebatnya buku. Aku ingin murid ini sebagai pecinta buku dan terapkan budaya membaca. Mungkin ibu bapa tidak sedar tentang ini, mahu sahaja anak-anak cemerlang di dalam akademik. Kalau mereka mendidik diri mereka membaca pastinya negara kita ini tidak mundur. Kesan kepada sekolah pastinya prestasi akademik meningkat. Hal ini, pelajar bukan sahaja berpengetahuan dalam subjek namun dapat berfikir secara KBAT. Program PSS seperti watikah pelantaikan, kem jati diri, bengkel, minggu PSS, Anugerah PSS, Majlis Apresiasi, semua itu adalah untuk memberi peluang kepada murid-murid serlahkan bakat mereka dan beri pengikhtirafan kepada mereka. Namun kenapa ada juga guru masih mengenepikan PSS??
Hal ini baru dalam bab-bab kecil belum lagi disentuh tentang bilik-bilik khas, penggunaan bahan, ape yang patut saya lakukan..saya tak dapat lakukan apa-apa kerana saya bukan disanjung, dihormat, disegani. Apa yang saya rancang itu bukan kehendak gur-guru.. Pentadbir dan yang paling sediah KB bahasa yang mempersoalkan apakah peranannya dalam JK NILAM?
Hal ini baru dalam bab-bab kecil belum lagi disentuh tentang bilik-bilik khas, penggunaan bahan, ape yang patut saya lakukan..saya tak dapat lakukan apa-apa kerana saya bukan disanjung, dihormat, disegani. Apa yang saya rancang itu bukan kehendak gur-guru.. Pentadbir dan yang paling sediah KB bahasa yang mempersoalkan apakah peranannya dalam JK NILAM?