Sunday, January 20, 2013

MESYUARAT GURU TINGKATAN DAN GURU MATA PELAJARAN

19.01.2013-SABTU


LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LDP) 1

SLOT 1 : INTEGRITI MEMPERKASAKAN BUDAYA KERJA
8.30-10.30 AM (BILIK GERAKAN)

         Slot ini lebih kepada aspek islamik. Pekerja umat islam perlu menerapkan nilai-nilai murni dalam bekeja. Antara nilai-nilai murni yang perlu diterapkan adalah amanah,adil,sabar, bersyukur dan ikram. Dengan adanya nilai-nilai murni ini maka wujud la intergriti budaya kerja cemerlang. Selain itu, pekerja juga boleh terapkan mencipta keseronokkan bekerja.

SLOT 2 : PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)
11.00-1.35 PM (BILIK GERAKAN)

         Slot 2 ini memfokuskan tentang tujuan PBS dan cara perlaksanaannya. Guru perlu berubah dari segi pengurusan masa pnp untuk melaksanakan PBS di dalam kelas. Hal ini kerana P n P perlu seiring dengan PBS. Selain itu, pada pendapat saya, kempen kesedaran PBS ini perlu diberitahu kepada ibu bapa agar ibu bapa pelajar tahu tujuan PBS dan memastikan anak-anak mereka melaksanak PBS dengan bersungguh-sungguh.


17.01.2013-KHAMIS
                     MESYUARAT KHB - PBS TINGKATAN 1 DAN TINGKATAN 2
12.00-1.30 PM (BILIK KATERING)

       Mesyuarat ini membincangkan tentang perlaksanaan PBS untuk tahun 2013. Guru-guru KHB berbincang tentang pengurusan PBS KHB bagi memastikan perlasanaannya berjalan dengan lancar. Di samping itu, menerangkan tentang pentaksiran pusat yang akan dilaksanakan oleh pelajar tingkatan 2 tahun 2013.

14.01.2013-ISNIN
                TAKLIMAT SMM
11.00-1.00 PM ( MAKMAL KOMPUTER)

                Guru-guru tingkatan hendaklah mengisi borang smm untuk semua pelajar dan diberi tempoh sehingga 30 Januari 2013. Data Smm amat penting kerana diguna pakai bagi mendapatkan maklumat pelajar untuk bantuan RM100, bantuan sekolah, bantuan komputer riba, spbt dan kokurikulum.