Wednesday, January 2, 2013

PENGURUSAN KEBAJIKAN SEKOLAH

02.01.2013 RABU

 PENGURUSAN KEBAJIKAN SEKOLAH

              Saya datang sekolah awal pada pukul 10.30 am untuk menguruskan bantuan persekolahan dan KWAPM (Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin). Tugas saya adalah mengagihkan barang-barang keperluan persekolahan pelajar seperti beg sekolah, baju, seluar, kain,tudung, dan kasut. Bagi KWAPM pula saya telah mengagihkan wang sebanyak RM300 kepada  pelajar yang bernama Aris Firdani bekas pelajar 1 Jujur 2012. Disebabkan sukar untuk menghubungi pelajar tersebut pada tahun lepas saya terpaksa menyerahkan bantuan KWAPM pada awal tahun ini.


PENGURUSAN KELAS 1 SINAR 

           Guru kelas diberi waktu untuk bersama dengan pelajar kelas masing-masing bagi poengurusan kelas. Saya telah membuat beberapa perkara semasa pengurusan kelas yang diberi selama 1 Jam (5.45-6.45 pm). Antara perkara yang cikgu telah uruskan adalah :
1. Mendapatkan  maklumat peribadi yang tertinggal.
2. Menyerahkan buku pink kepada pelaajar yang baru mendaftar pada hari ini seramai 5 orang.
3. Mengutip duit kelas.
4. Menyimpan fail akademik pelajar.
5. Memberi Surat Sebab Tidak Hadir Sekolah.