KITA PERLU SIMPAN EMAS
Emas ada banyak fungsi dalam kehidupan kita, salah satunya adalah sebagai pelindung kepada kekayaan kita.
Saya nak kongsikan 2 fungsi emas sebagai pelindung kekayaan;
1. Kita simpan emas untuk bersedia menghadapi waktu kecemasan yang kita tak tahu bila ianya akan berlaku, emas akan sentiasa bersedia untuk dijadikan duit tunai dengan cara jual atau gadai.
2. Kita juga simpan emas untuk lindungi nilai duit kita dari inflasi dan kejatuhan ekonomi kita, seperti mana yang kita tahu bila ekonomi jatuh harga barang akan melambung naik.
3. Emas akan menstabilkan kenaikan harga emas dengan baik, bila harga barang naik harga emas pun turut naik. Bila dua-dua harga naik, kuasa beli penyimpan emas takkan berkurang.
4.Emas adalah pelindung kepada harta kekayaan kita yang sebenar, jika harta kita bernilai RM500 ribu pastikan 10% (RM50 ribu) dalam bentuk emas.
5.Banyak mana emas bernilai RM50 ribu? Lebih kurang 190 gram sahaja, kalau setiap kali simpan 10 gram hanya perlu simpan 19 kali sahaja. Tak mustahil kan?
6.Saya bagi pecahan kira-kira untuk harta bernilai RM500 ribu: rumah RM300k, ASB RM100k, kereta RM50k dan duit simpanan di Tabung Haji RM50k. Ini adalah kiraan asas belum termasuk rumah sewa atau aset pelaburan yang lain.
7.Alihkan cuma sebahagian harta ke dalam bentuk emas sebagai backup sebelum berlakunya apa-apa musibah kepada kewangan keluarga dan negara kita. Kita tak mampu untuk ubah kewangan negara tapi kita mampu untuk ubah kewangan keluarga kita.
8.Saya bagi analogi mudah untuk faham: kita pakai face mask di waktu sihat untuk melindungi kesihatan kita. Tiada guna pakai face mask banyak-banyak kalau kita dah jatuh sakit. Kita pakai alat bantuan pernafasan bila dah sakit. Adehhh!
9.Walaupun face mask cuma berharga RM1, ianya mampu menjaga kesihatan kita dengan baik dan mengelakkan kita habis duit yang banyak bayar bil hospital jika kita sakit.
10.Sama juga dengan situasi kita simpan emas, kita simpan emas di waktu kewangan kita sihat. Waktu berduit adalah waktu paling sesuai untuk kita simpan emas, simpan emas selagi boleh ikut poket kita sendiri.
11.“Emas adalah harta di waktu senang, duit di waktu sesak”
12. Kesimpulannya penyimpan emas mempunyai ‘insurans’ kewangan jika berlaku apa-apa musibah kepada ekonomi. Hidup penyimpan emas yang ada simpan beratus gram lebih tenang dan berkualiti.
BERMINAT UNTUK MENYIMPAN EMAS PATUH SYARIAH
INTRODUCER : ROSLIDAWATI BINTI ABD ALI (PG00545693)
NO TEL : 0122915348
INFO LEBIH DETAIL : https://publicgold.com.my/
BERMINAT UNTUK DAFTAR SECARA PERCUMA DAN BELI EMAS DENGAN HARGA RM100
SILA KLIK INI https://bit.ly/3kys26M


