Sunday, January 6, 2013

BINA SEMANGAT UNTUK BEKERJA

6.01.2013- AHAD

BINA SEMANGAT UNTUK BEKERJA

      Esok mula kerja setelah 2 hari cuti berehat bersama keluarga tercinta atau dengan rakan serumah. Jadi bagaimana anda hendak mulakan semangat bekerja esok?Apakah yang anda akan buat untuk mulakan kerja anda? Adakah anda masih lagi mempunyai kerja yang belum siap untuk minggu lepas? Adakah anda tidak tahu hendak mulakan dengan kerja yang mana dulu?

       Saya secara jujurnya agak malas untuk mulakan kerja pada hari isnin. Hal ini kerana kerja saya masih belum selesai untuk hari esok. Selain itu, saya tidak suka memandu kereta untuk pergi kerja. Namun saya berfikir saya tidak boleh melahirkan perasaan malas untuk ke tempat kerja. Hal ini disebabkan oleh Kerja yang saya buat sekarang adalah sumber utama rezeki saya. Oleh itu, saya kene bekerja dengan jujur dan bersemangat. Bagaimana untuk saya membina semangat ke tempat kerja dan bekerja :

1. Senaraikan kerja-kerja yang perlu disiapkan pada hari ini.
2. Perlu ada niat yang baik ke tempat kerja.
3. Senaraikan apa yang perlu dibuat esok.
4. Sediakan kelengkapan untuk bekerja esok.
5. Tidur awal.
6. Bangun awal dan mulakan hari anda dengan solat subuh.

TAKLIMAT GURU SESI PETANG

4.01.2012 - JUMAAT

TAKLIMAT GURU SESI PETANG

             Taklimat ini mengingatkan guru tentang :
  • Kedatangan guru sesi petang paling lewat 12.45 PM.
  • Hari Jumaat paling lewat 2.00 PM.
  • Guru bertugas datang lebih awal setengah jam.
  • Guru bertugas perlu memantau sekitar dewan, pondok bacaan dan surau.
  • Pengumuman tidak boleh dibuat.
  • Guru perlu ada di tempat perhimpunan pada pukul 1.00 PM.
  • Kedatangan pelajar perlu diambil di dewan.
  • Guru lewat 4 Jam (ambil Time Slip) lebih dari 4 Jam perlu ambil CRK/MC.
  • Guru Tingkatan 1 Sinar (Pn. Roslidawati) akan diganti oleh (Pn Dayang) ketika CB.

PBS 2013

  • Guru Tingkatan hendaklah mengumpulkan Fail putih dari pelajar.
  • JU akan handle Fail
  • 19/JAN/2013- LDP 1 (PBS)
  • Guru Kelas perlu tahu guru mata pelajaran

GURU PSV

                  Guru PSV perlu meminta pelajar menyediakan :
  • Buku Tulis(Nota). dan perlu di bawa ke tahun hadapan.
  • Buku Lukisan.
  • Pensil Warna.
  • Warna Air.
  • Bahan PBS disediakan.