BINA SEMANGAT UNTUK BEKERJA
Esok mula kerja setelah 2 hari cuti berehat bersama keluarga tercinta atau dengan rakan serumah. Jadi bagaimana anda hendak mulakan semangat bekerja esok?Apakah yang anda akan buat untuk mulakan kerja anda? Adakah anda masih lagi mempunyai kerja yang belum siap untuk minggu lepas? Adakah anda tidak tahu hendak mulakan dengan kerja yang mana dulu?
Saya secara jujurnya agak malas untuk mulakan kerja pada hari isnin. Hal ini kerana kerja saya masih belum selesai untuk hari esok. Selain itu, saya tidak suka memandu kereta untuk pergi kerja. Namun saya berfikir saya tidak boleh melahirkan perasaan malas untuk ke tempat kerja. Hal ini disebabkan oleh Kerja yang saya buat sekarang adalah sumber utama rezeki saya. Oleh itu, saya kene bekerja dengan jujur dan bersemangat. Bagaimana untuk saya membina semangat ke tempat kerja dan bekerja :
1. Senaraikan kerja-kerja yang perlu disiapkan pada hari ini.
2. Perlu ada niat yang baik ke tempat kerja.
3. Senaraikan apa yang perlu dibuat esok.
4. Sediakan kelengkapan untuk bekerja esok.
5. Tidur awal.
6. Bangun awal dan mulakan hari anda dengan solat subuh.
No comments:
Post a Comment