PENGURUSAN KEBAJIKAN SEKOLAH
Saya datang sekolah awal pada pukul 10.30 am untuk menguruskan bantuan persekolahan dan KWAPM (Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin). Tugas saya adalah mengagihkan barang-barang keperluan persekolahan pelajar seperti beg sekolah, baju, seluar, kain,tudung, dan kasut. Bagi KWAPM pula saya telah mengagihkan wang sebanyak RM300 kepada pelajar yang bernama Aris Firdani bekas pelajar 1 Jujur 2012. Disebabkan sukar untuk menghubungi pelajar tersebut pada tahun lepas saya terpaksa menyerahkan bantuan KWAPM pada awal tahun ini.
PENGURUSAN KELAS 1 SINAR
Guru kelas diberi waktu untuk bersama dengan pelajar kelas masing-masing bagi poengurusan kelas. Saya telah membuat beberapa perkara semasa pengurusan kelas yang diberi selama 1 Jam (5.45-6.45 pm). Antara perkara yang cikgu telah uruskan adalah :
1. Mendapatkan maklumat peribadi yang tertinggal.
2. Menyerahkan buku pink kepada pelaajar yang baru mendaftar pada hari ini seramai 5 orang.
3. Mengutip duit kelas.
4. Menyimpan fail akademik pelajar.
5. Memberi Surat Sebab Tidak Hadir Sekolah.
No comments:
Post a Comment