Assalammualaikum dan selamat sejahtera,
Telah lama mendiamkan diri, kini mula menulis semula. Banyak perkara yang perlu saya kongsikan di sini sejak saya berpindah ditempat baru. Banyak perkara yang saya ingin kongsikan. Mungkin perkongsian ini berperingkat-peringkat.
Cabaran mula mendatangiku sejak aku bertukar di tempat baru. Betul kata pepatah semakin jauh perjalanan luas pemandangan. Banyak liku-liku yang aku lalui hingga kini. Pada 1 Jan 2016 aku telah berada di SMK Taman Tuanku Jaafar(SMKTTJ) sebagai guru baru dan mungkin aku ini juga di antara Junior. Aku hanya mampu memperkenalkan diri aku sahaja. Untuk mendekati guru-guru di sini agak sukar. mungkin aku memang tidak hebat dari segi berkawan. Aku hanya berkawan dengan rakan2 yang sama masuk denganku. ade 5 orang tak silap aku cikgu Intan,Cikgu Hayati,Cikgu Ashikin,Cikgu Fikri dan aku. bila mula-mula masuk ini aku tidak nampak diriku disambut baik. Aku hanya mempunyai meja yang bukan untuk guru pun. mejanya panjang dan tidak selebar meja guru. susah juga untuk menulis. Pada waktu itu, En Akashah adalah PK Pentadbiran dan Cikgu Omar bin Ahmad adalah Tuan pengetua SMKTTJ.
Aku hanya mampu mendiamkan diri, kerana aku ini ibarat baru masuk kampung. jadi perlu ada sabar, banyakkan pemerhatian dan tidak boleh cepat-cepat membuat kesimpulan. Hal ini kerana apabila kita hendak menilai seseorang kita perlu berkawan dahulu. Oleh itu, saya tidak boleh membuat kesimpulan secara terburu-buru. Di dalam hati bermacam-macam persoalan dengan persoalan itu, lagi mematangkan saya. Bagaimana dari segi pergaulan guru dengan guru, guru dengan murid, guru dengan pentadbir, guru dengan pekerja biasa? Bagaimana pula dari sudut kemenjadian muridnya? wah kadang-kadang berlagak pulatanya soalan begitu seperti saya ini bagus sangat. Mungkin sebab aku masih terasa suasana di sekolah lama. Hal ini kerana, aku mula membanding-bandingkan dengan sekolah sekarang dan itu adalah salah.
Betul kata orang rambut sama hitam, hati lain-lain. Banyak bersabar pasti ada hikmahnya. Berbalik kepada tugas guru, saya pada waktu itu hanya dapat relief memandangkan guru dah cukup. Saya tiba-tiba perlu mengajar Agama Islam dan Tasawur.
No comments:
Post a Comment